Mahir IT Infrastructure dengan Homelab

Salah satu cara nak cepat mahir dalam IT especially Infrastructure adalah dengan cara setup Homelab. A very good Investment yang boleh bantu asah technical skill dan career improvement dengan lebih cepat. Honestly Homelab sangat membatu aku untuk jump career dengan lebih cepat sebab ada skill-skill technical yang company perlukan walaupun tempat kerja sebelum tu tak sediakan.

Nak cepat pandai ni jangan tunggu peluang datang. Jangan tunggu dapat kerja yang kita nak tu baru kita nak belajar. Kalau tak dapat, then kita tak belajar. Cipta peluang dengan belajar sendiri guna homelab. Then nanti mudah nak dapat kerja yang kita nak sebab skill yang diperlukan tu kita dah ready.

Apa benda Homelab ni ? Senang cerita – playgound. Tempat untuk hang main, test, uji kaji system. Boleh guna untuk belajar network, server, database, micro services, depolyment, automation, Infrastructure-as-Code, security dan sebagainya. Dan hang tak perlu risau kalau terbuat silap, terdelete, server down sebab setup ni untuk belajar dan uji kaji. Tu yang syok. Kalau dekat infrastructure kerja yang production, hang dah tak boleh nak test atau main2.

Homelab ni sangat funtion untuk yang nak jadi atau mahir dalam career System Administrator, System Engineer, Cloud Engineer, Network Engineer, DevOps, dan even programmer yang nak depoly code ke server.

So benda apa yang ada dalam homelab ni ?

=======

1. Router

=======

Router ni hang boleh ja pakai default Router yang ISP bagi untuk buat belajar. Basic feature dia sudah mencukupi. Tapi aku tak suka pakai default router ISP bagi sebab lack of feature yang di perlukan dan kadang-kadang dia biul. Tu yang meluat tuh. Huhh

So aku recommend hang tukar kepada router yang lebih baik. Kalau bajet hang kecik, boleh saja hang pakai home router yang ada kat market tu macam TP-Link, Asus, D-Link. Atleast ada feature port forwarding, VPN, Traffic monitoring pun dah ok untuk starting. Kalau tanya aku, untuk home router, aku lebih suka Asus sebab stability, feature dan update support yang dia bagi. Yang penting cari yang banyak LAN port at least 4 untuk hang sambung dengan server atau NAS atau AP. Kalau tak, hang kena ada switch asing.

Tapi kalau hang ada bajet lebih, aku recommend hang pakai enterprise router sebab lebih banyak feature dan boleh belajar macam-macam. Contohnya Ubiquiti & Mikrotik. Tak perlu pakai yang mahal sangat macam Cisco atau Fortigate sebab nak pakai kat rumah ja. Kalau tanya aku, aku lebih prefer Mikrotik sebab harga murah tapi banyak feauture especially on routing. Dan Mikrotik ada model khas untuk homelab.

Tapi kalau hang betui2 takda bajet, tapi nak pakai enterprise router, boleh pakai pfSense atau OpnSense. Hang boleh virtualize kan saja dekat hypervisor yang aku akan cerita lepas ni. Basically, ikut bajet dan objektif hang nak belajar network sampai mana.

=======

2. Server

=======

Server ni kita guna sebagai hypervisor type-1. Gunanya untuk virtualize segala macam mak nenek OS atau application yang hang nak test. Hang boleh run Docker Host, Kubernetes, Automation tool macam Jenkins, Puppet, Ansible, Monitoring tools macam Nagios atau Zabbix, dan macam2 lah hang boleh test. Hang boleh pakai Proxmox atau VMware ESXi, atau Xen server.

Untuk bab virtualization ni actually boleh ja hang install vmware player atau virtualbox sebagai hypervisor type-2 dekat pc atau pun laptop yang sedia ada. Untuk starting, kalau modal tak dak ok ja pakai method ni.

Tapi aku recommend ada satu dedicated hardware untuk virtualization ni sebab kita nak cuba simulate macam production dan running 24 jam which is tak sesuai virtualize kat laptop sebab laptop kita akan on-off

Macam mana nak setup dedicated server ni? Ada beberapa option.

a) Raspberry Pi : Masa aku start homelab dulu pun aku pakai RaspberryPi ja. Tapi aku beli yang tinggi spec sikit. 4CPU, 8 GB RAM, 120 SSD. Aku jadikan dia sebagai Docker host dan aku boleh test apa saja software atau sistem yang aku nak test guna Docker. Low resources usage, low power usage. Jimat letrik. Nak pakai Intel NUC pun boleh tapi mahai sikit.

b) Ready-made PC : Dekat market sekarang dah ada banyak PC yang dibuat khas untuk homelab. Saiz dia kecil dan biasanya 1L. Sangat sesuai untuk dibuat homelab server sebab power low consumption tapi high CPU performance. Cumanya biasanya ada 1 sahaja network port dan tak boleh addon module. Kalau nak virtualize firewal yang perlukan minimum 2 network port ralat sikit lah. Technically boleh, pakai VLAN, tapi tak proper. Dan PC jenis ready made ni biasanya mahal sikit lagi2 kalau nak addon network card atau disk. Lenovo, Dell banyak keluarkan 1L PC

c) Second hand PC : Dekat online market atau Low Yatt banyak saja PC second hand yang company sewa 3 tahun saja lepas tu depa dah tak pakai. Biasanya PC ni jenis SFF – Small Form Factor dan ada ruang untuk nak expand. Contohnya boleh upgrade RAM, tambah SSD, tambah Network card. PC jenis ni tak lah sekecil macam RaspberryPi, Intel NUC atau 1L PC. Tapi small enough untuk letak dalam rack. Power consumption pun ok – tak tinggi. CPU power cukup untuk homelab use. Kalau hang ada PC lama yang dah tak pakai tu boleh ja buat homelab daripada tersadai kat situ.

d) Custom PC : Ni hang setup sendiri PC. Kalau hang ada bajet besar boleh lah buat yang ni. Hang boleh pilih CPU apa nak pakai, RAM apa nak pakai, Disk apa nak pakai. Nak power macam mana, hang decide. Ibarat macam hang setup gaming PC. Cumanya harga keras sikit, lagi2 kalau hang nak yang power, tapi pakai casing kecik dan tak berapa sesuai nak run 24 jam kat rumah sebab makan letrik dan membazir.

Pada aku, kalau hang dapat PC second Core i7 model 2018-2020 pun dah ok. Sebabnya murah dan mencukupi. Cuma untuk RAM tu aku recommend minimum 32 GB. Sebabnya CPU boleh share across VM, tapi RAM nanti dedicated usage. Dan make sure pakai SSD untuk better read write performace. Nanti bila dah tak cukup resources baru hang upgrade. Untuk starting tak payah power2 sbb nak run 24 jam.

=======

3. UPS

=======

UPS ni pakai untuk nak backup power just in case rumah hang blackout. Untuk starting ni kalau takdak bajet, takyah beli dulu pun tak apa. Aku start homleb aku dulu tak ada UPS pun. Ok saja. Unless rumah hang kerap blackout, so better pakai UPS. Untuk UPS ni kalau nak beli aku recommend beli yang jenis SMART UPS sebab hang boleh monitor berapa load, berapa balance battery masa blackout so that hang boleh standby bila nak shutdown semua device yang attach ke UPS tu. Lagi bessar battery dia lagi tahan lama. Part ni hang kena buat kira2 sikit sebelum beli, berapa Watt device hang pakai, berapa lama hang nak UPS tu bertahan bila blackout.

=======

4. NAS

=======

NAS = Network Attached Storage. Optional untuk ada tapi bagus bila ada. Guna dia kita nak backup VM atau data yang kita host dekat hypervisor tadi just in case server tu kaput. So hang ada backup. Dan juga hang boleh jadikan NAS storage sebagai backend storage atau storage pool kepada hypervisor tadi. Hang juga boleh jadikan dia sebagai private cloud storage. Semua data personal yang hang host kat dekat cloud storage boleh simpan dalam ni. Cuma harga modal dia keras sikit tapi worth to have. Banyak benda boleh buat. Antara model NAS yang ok – Synology, QNAP. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pakai True NAS atu Nextcloud.

Just nak share apa yang ada dalam homelab setup aku untuk hangpa dapat idea setup homelab hangpa sendiri :

1) Fibre modem : ZTE – ISP bagi

2) 4G+ Router : TP-Link MR600 – As backup internet

3) Router : Mikrotik RB5009

4) Raspberry Pi : 4CPU, 8GB RAM, 120 GB SSD

5) UPS : Prolink 2000SFCU : 1200W

6) NAS : Synology DS923+ : 8TB HDD, 1TB SSD – SHR RAID

7) PC Server : Dell Optiplex 7090 (SFF) – 8 CPU, 64 GB RAM, 1 TB SSD, 500 Gb NVME

8)AP : Ubiquiti AP U6 Lite – Wifi 6

Ada masa nanti aku share pula automation yang aku implement dalam homelab ni untuk streamline pengurusan server. Semoga bermanfaat !

Ts. Syafiyullah Yahya
Ts. Syafiyullah Yahya

Saya merupakan seorang MBOT Professional Technologist & HRD Corp TTT Certified Trainer. Bidang kepakaran saya adalah berkenaan Cloud Infrastructure, IT Consultation dan Training.

Articles: 9

Dapatkan info terkini terus ke email anda.

Masukkan email anda di bawah dan subscribe untuk dapatkan info terkini.

Komen