Dari IT Support ke Cloud Engineer

Lately ni aku perasan ramai yang stuck dalam career IT support. Ada yang dah 8-10 tahun kerja dalam IT support, masih lagi cari kerja yang sama. Mungkin sesetengah orang ada sebab tersendiri, tapi IT support memang easy untuk start career dalam IT especially fresh grad. Tapi kalau hang dah 2-3 tahun dalam line tu, hang patut buat lebih baik dan dapat lebih baik. Cuma hang kena break the career barrier tu dengan explore skill-skill baru yang market demand.

Antara position yang highly demanded dalam IT sekarang ni adalah Cloud Engineer. Macam pisang goreng. Apa benda benda Cloud Engineer nih ? Jurutera Awan ?

Panjang nak cerita. Hat ni hang kena Google. Pendek cerita, hang manage network, server, application yang tak duk depan mata. Semua kat cloud. Hang ada tenet, hang boleh buat gheja. Company apa pakai cloud technology ni ? Jenuh nak senarai. Senang cerita Shopee, Lazada, Grab, Food Panda.

Berapa gaji Cloud Engineer ni ? Sama macam pekerjaan lain, ia bergantung. Bergantung kepada skill & knowledge yang hang ada, job scope, saiz company yang hang apply kerja dan gaji hang sekarang (hat ni paling meluat kalau company tanya). Average dalam RM7k-15k. Boleh pi sampai 20k kalau hang power renjes. Kalau hang kerja dibayar dalam USD lagi legaa – ceroh mataa.

Macam mana nak jadi Cloud Engineer ? Basically ada beberapa benda yang hang kena tahu. At least hang tau basic. Pastu hang improve:

Operating System
1) Linux (RHEL based & Ubuntu)
2) Windows

Cloud platform
1) AWS
2) Azure
3) GCP

Networking
1)TCP/IP
2) Routing
3) VPN
4) NAT
5) Gateway
6) Load Balancer

Database
1) MySQL
2) MongoDB

Scripting
1) Bash
2) Python
3) Perl
4) Ruby

Security
1) OpenSSL
2) SSL certificate
3) Firewall
4) WAF

Provisioning Tool
1) Terraform (multi cloud)
2) Cloudformation (AWS)
3) Azure Resources Manager (Azure)
4) Google Cloud Deployment Manager (GCP)

Configuration Management Tool
1) Ansible
2) Puppet
3) Chef
4) CFEngine

Network Monitoring System
1) Zabbix
2) Nagios
3) Prometheus
4) Datadog
5) Splunk

Git Repo
1) Github
2) Gitlab
3) Bitbucket

IDE
1) VSCode
2) Notepad++

CI/CD
1) Jenkins
2) Jenkins X
3) Github Action
4) Gitlab CI/CD
5) Circle CI
6) Argo CD

Containerization
1)Docker
2)Kubernetes(Orchestration tool)

Container GUI
1) Rancher
2) Portainer

DNS
1) Cloudflare
2) Route53
3) DNS Made Easy

Hang tak mesti tau semua secara mendalam. Tapi kalau hang mampu lagi baguih. Paling penting hang kuasai Linux. Hat tu paling wajib hang tau.

Perlu apa-apa cert tak untuk jadi Cloud Engineer ? Tak wajib. Tapi bagus untuk ada. Contohnya cert2 daripada AWS, Azure & GCP. Alhamdulillah rezeki, masa aku mula2 jadi Cloud Engineer aku takdak sebarang cert dalam IT. Hanya berbekalkan knowledge, skill dan doa.

Setup Homelab atau Cloudlab untuk belajaq. Invest sikit untuk ilmu. inshaAllah return berbaloi.

Aku tau mungkin payah nak lompat terus daripada support kepada cloud. Tapi hang boleh move step by step. IT Support – SysAdmin – Cloud Engineer. Nak lagi sedap, DevOps Engineer.

Setakat tu dulu aku perkongsian aku. Semoga bermanfaat & dan cemerlang dunia akhirat.

Jom sertai group Komuniti Infrastruktur IT :
– Facebook :  https://www.facebook.com/groups/komunitiinfrastrukturit/
– Discord : https://discord.gg/cqUmse2qRg

Ts. Syafiyullah Yahya
Ts. Syafiyullah Yahya

Saya merupakan seorang MBOT Professional Technologist & HRD Corp TTT Certified Trainer. Bidang kepakaran saya adalah berkenaan Cloud Infrastructure, IT Consultation dan Training.

Articles: 9

Dapatkan info terkini terus ke email anda.

Masukkan email anda di bawah dan subscribe untuk dapatkan info terkini.

Komen