Cara betulkan error “permission denied” ketika install Synology Active Backup for Business agent.

Anda akan menghadapi error “permission denied” sekiranya anda memasang agent Synology Active Backup for Business untuk virtual machine yang dicipta di atas Proxmox meskipun anda telah memberikan permission untuk execution. Sebagai contoh :

Hal ini disebabkan installer tersebut secara default mengekstrak dirinya ke dalam folder /tmp. Namun begitu folder /tmp tersebut telah ditetapkan dengan setting “noexec” diamana sebarang fail binary tidak akan dibenarkan untuk dijalankan dalam folder tersebut. Ini sebagai salah satu strategi keselamatan sistem Linux.

Untuk mengesahkan folder /tmp teleh di set kepada “noexec”, anda boleh menjalankan arahan berikut dan perhatikan sekiranya “noexec” wujud pada output.

Output :

Jika dilihat pada output tersebut, ia jelas menunjukkan setting “noexec” telah ditetapkan. Maka installer tersebut tidak akan dapat dijalankan.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu cipta satu folder tmp baru pada direktori yang tidak mempunyai tetapan “noexec” dan maklumakan pada installer tersebut path folder tmp yang baharu.

Langkah 1 : Pastikan execution permission diberikan pada file install.run

Langkah 2 : Cipta satu folder .tmp yang baru. Sebagai contoh saya cipta folder .tmp dalam root folder

Langkah 3 : Jalankan arahan pemasangan agent Synology Active Backup for Business dengan menyertakan path untuk TMPDIR yang baru dicipta tadi.

Pemasangan berjaya !

Anda boleh gunakan langkah yang sama ketika anda update agent Synology Active Backup for Business.

Ts. Syafiyullah Yahya
Ts. Syafiyullah Yahya

Saya merupakan seorang MBOT Professional Technologist & HRD Corp TTT Certified Trainer. Bidang kepakaran saya adalah berkenaan Cloud Infrastructure, IT Consultation dan Training.

Articles: 9

Dapatkan info terkini terus ke email anda.

Masukkan email anda di bawah dan subscribe untuk dapatkan info terkini.

Komen